Mitos cari duit di internet

by

Ramai yang bagitau, boleh dapat duit/cari duit kat internet. Tapi pernah tak anda tengok dengan mata kepala anda sendiri buktinya?.

Ha..ni nak cerita sikit tentang orang-orang yang dah dapat duit daripada internet melalui pelbagai cara.

Orang yang pertama nak introduce nih adalah admin wangcyber.com iaitu saudara Mohd Suhaimy. Beliau mendapat lebih dari RM10,000 dengan program Google AdSense. Dan yang paling best nya, saudara Mohd Suhaimy ni tak keluar modal yang banyak pun! Hanya modal untuk beli hosting dan domain sahaja untuk membangunkan website.

Yep, RM10,000++!!, tapi bukan sehari dua beliau buat semua tu. Harus diingat, kejayaan tak datang sekelip mata, duit tak datang bergolek camtu je. Tengok bukti kat sini.

Apa itu Google AdSense? Ok, sebelum anda nak cuba bidang AdSense ni, jom kita tengok serba sedikit tentang Google AdSense.

Google AdSense adalah satu program iklan yang dikuasai oleh Google. Macammana nak cari duit dengan program iklan ni? Senang aja, Google akan membayar setiap publisher/webmaster/pemilik website jika mereka ‘sudi’ meletakkan iklan Google di laman web mereka. Contoh iklan:


Image courtesy of seopedia.org | Click image to enlarge.

Ok, Google akan bayar sekiranya ada traffic(pengunjung website anda) klik salah satu daripada iklan tersebut. Kaedah ini lebih dikenali dengan nama ‘Pay Per Click’. Maksudnya, anda akan dibayar sekiranya ada orang klik.

Macammana Google detect orang klik ke tidak? Itu semua teknologi Google yang dirahsiakan. Wah, kaya sangat ke Google sampai buat program macam ni? Sebenarnya duit yang Google guna untuk bayar pemilik-pemilik website ni bukannya duit Google, ia sebenarnya adalah duit pengiklan yang iklankan produk diorang kat Google.

Dan bukan semua duit itu diberi kepada anda, ada peratusan yang dirahsiakan, mungkin 60-40, mungkin 70-30. Soalan yang selalu ditanya adalah: Macammana nak join program ni? Perlu bayar apa-apa ke?

Ok, untuk join program ni, anda kena ada website. Itu yang paling utama sebab kalau tiada website, macammana nak displaykan iklan. Betul tak? Perlu bayar? Tidak perlu. Anda hanya perlu menunggu Google approve atau tidak website anda.

Website anda kena ada content ataupun isi. Setiap iklan yang dipaparkan Google akan berkisar daripada content website anda. Jadi, anda kena pastikan setiap content website anda diupdate selalu.

Dah ada website? Klik sini untuk join Google AdSense.

Ada pengalaman dengan AdSense? Kongsikan dengan pembaca di sini!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: