Archive for June, 2007

cari duit dengan ‘affiliate’

June 15, 2007

Apa itu ‘affiliate program’?

Seperti yang diterangkan oleh budinblog, ‘affiliate program’ ini lebih kepada anda sebagai wakil sesuatu syarikat ‘turun padang’ untuk menjual produk mereka. Bagaimana nak cari duit dengan ‘affiliate program’? Kebiasaannya, anda terlebih dahulu perlu register untuk ‘affiliate account’ di mana anda akan diberi ID dan satu URL (Uniform Resource Locator – contoh: http://www.domain.com/ID). Sebarang aktiviti penjualan akan di’track’ melalui ID anda menggunakan sistem affiliate mereka.

Perkara yang perlu anda lakukan untuk cari duit dengan ‘affiliate’ hanyalah promosikan URL yang diberi supaya pembeli membeli produk syarikat tersebut melalui anda. Bagaimana cara promosikan URL? Pertama sekali anda perlu ada sedikit kemahiran membina laman web. Jangan bimbang jika anda tidak ada pengetahuan langsung, biasakan diri bertanya di dalam forum yang berkaitan dengan laman web. Saya cadangkan forum wangcyber :) . Selepas selesai membina laman web, promosikan produk affiliate anda dan mula cari duit! Mudahnya nak cari duit online :) .

Jangan spam untuk tujuan promosi sebaliknya gunakan langkah yang betul untuk cari duit. Langkah-langkah promosi seperti ‘forum signature’, ’social networking’, ‘articles writing’, ‘SEO’, ‘blogging’ akan dibincangkan dalam post yang seterusnya :) ..

To be continue.. cari duit ~blog~

bagaimana nak cari duit online

June 14, 2007

Pernah tertanya-tanya tak persoalan macam ni? Mesti ada punya, betul tak? Jawapannya mudah sahaja :) . Secara lumrahnya, anda akan dapat duit apabila memberi servis kepada pelanggan (gunting rambut, cyber cafe) ataupun menjual produk (minyak gamat, roti dsb).
Bayangkan peluang yang sangat besar anda perolehi dengan internet. Salah satu peluang yang amat berharga untuk anda cari duit adalah ‘networking’. Jika anda seorang usahawan buku, bayangkan jika anda mempunyai ‘online store’ yang boleh di’surf’ oleh seluruh pembaca-pembaca buku di dunia, besar manfaatnya :) dan peluang cari duit bertambah! Ada banyak cara untuk anda mulakan ‘operasi’ cari duit online. Ramai juga yang tanya “takde cara lain ke nak cari duit selain jual produk online?”

Sudah tentu ada, salah satu program yang tidak memerlukan anda menjual produk untuk cari duit secara online dikenali sebagai ‘affiliate program’. Program yang melibatkan anda bergiat sebagai penghubung kepada sesuatu syarikat untuk menjual produk mereka. Kebiasaannya anda perlu mendaftar kepada sesuatu syarikat yang menjual produk secara online untuk mendapat ID. Setiap jualan yang berjaya melalui ID anda akan diberikan komisen. Cara ini juga amat popular di internet untuk cari duit pada masa kini.

To be continue.. cari duit ~blog~

blog cari duit?

June 14, 2007

Ya. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa tujuan sebenarnya blog cari duit ini dicipta. Ramai juga yang bertanya, boleh ke cari duit dengan guna Internet? Halal ke? Macam-macam soalan lagi yang datang menyerbu :) .

Cari duit online atau menggunakan internet tidak salah. Malah, ramai yang telah jadi kaya (dengan usaha yang gila2 banyaknya :) ) hanya dengan menggunakan internet. Ramai rakan-rakan se’forum’ yang saya kenal kebanyakannya sudah berjaya cari duit menerusi internet, melalui tunjuk ajar mereka saya juga sedang berjinak-jinak mempelajari cara cari duit online.

Halal? Sudah tentu halal kerana sebelum cari duit secara online, kena bijak memilih dan bijak atur strategi (buat kajian mendalam), kena tahu dulu halal ke haram, baru kita teruskan cari duit :) . Jangan bimbang, saya juga bukannya hebat dalam bidang cari duit online ini, juga sedang mempelajari selok belok berkaitan dengan bidang ini. Kerana itu merupakan salah satu penyebab terciptanya blog cari duit menggunakan internet (online money making), supaya anda dapat mengetahui ruang dan cara yang betul cari duit menggunakan internet. Semoga mendapat manfaat dari blog cari duit :)

Consider checking our english version blog. Thank you 

To be continue.. cari duit ~blog~

Hello world!

June 14, 2007

Links: